Ayuh Ke Page Aku

Puak Navi Dalam Cerita Avatar

Saturday, August 14, 2010

~~KasiH ibU~~


Seorang ibu berjalan dengan anak kesayangannya disebuah bandar. Tersenyum dia bila melihat anaknya itu berlari lari riang. Barangkali terlalu seronok bila dibawa berjalan ke bandar..

Ibu ini terkenang disaat kelahiran putera kesayangannya.. sehari selepas kelahiran, rezeki ibu ini dirasakan melimpah ruah.. kata orang, 'rezeki anak baru'.. Yang paling nyata ibu ini diterima untuk bekerja disebuah jabatan kerajaan. Dua berita gembira hanya dalam satu hari.. Satunya kerana menerima cahaya mata lelaki, keduanya kerana diterima untuk bekerja...

Putera didepan mata inilah yang mewarnai hidupnya serta suami.. Anaknya yang tadi berlari lari riang tiba-tiba berhenti sambil merenung sesuatu yang berada didalam cermin kedai. berkerut dahi ibu melihat telatah anaknya itu. Apalah yang menarik perhatian sehingga anaknya ini menarik tangannya dan beria iya menunjukan sesuatu didalam cermin.. Ibu ini melihat kedalam cermin dan kemudiannya tersenyum tawar apabila melihat sebuah kapal terbang permainan yang menjadi idaman putera kecilnya...

Dengan nada lembut ibu ini memujuk anaknya agar segera beredar dari kedai permainan itu. tetapi, putera kecilnya berkeras dan masih tidak mahu berganjak.. Hati ibu ini resah mengenangkan wang yang berada didalam beg tangannya hanya cukup untuk membayar tambang bas ke rumah. Namun putera kecilnya masih lagi berkeras dan tangisan mula kedengaran.. Jauh disudut hati, ibu muda ini terasa malu kerana gelagatnya anak beranak sedang diperhatikan oleh orang sekeliling..

Tiada cara lain lagi, dia mengajak puteranya itu masuk kedalam kedai dan meminta pekedai membalut permainan yang menjadi idaman. Wajah anak kecil tadi bertukar rupa.. melompat lompat gembira.. Akhirnya tercapai juga kehendak hati.. Masa untuk pulang kerumah dan bermain.

Sejurus kemudian, kelihatan ibu ini berjalan sambil mendukung anak kecil yang memegang kapal terbang permainan. Tiada lagi wang untuk tambang bas. Jauh disudut hati ibu ini , tenang menyabarkan diri sambil memikirkan 2 jam perjalanan yang perlu diambil untuk tiba ke rumah..

_________________

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata...

5 comments:

Fitrah Adnan said...

wah!!..abg zaini da ada blog la...x tau abg kenal sy ke x...kat fb,kwn bazli...apa kata abg tmbh shout mix?? syok..

teh o ais milo said...

hahahaah~!!knp ngn shout mix??dek..i bru lg kot men blog..tu mereng sket nih..huhu~~!

Fitrah Adnan said...

shout mix ni mcm ruangan chat..so kat ctu abg bleyh tau sapa yg msok blog abg sbb slalunya org akn meninggalkan jejak...saja2 la kiranya...dari situ kita boleh tau blog org lain gak..

eyra kamarunzaman said...

so sad )':

teh o ais milo said...

hmm era~~so sad kowtt=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet
Share

Sebarkan.

Pelawat Sesat