Ayuh Ke Page Aku

Puak Navi Dalam Cerita Avatar

Wednesday, October 20, 2010

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan
seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di
mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk
keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga
tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan
belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang
hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta
anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati
yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah
panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik,
kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di
masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini
suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan
malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang
dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,
sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di
rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa
riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di
bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya
perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan
kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri
pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka
dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan
lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.
Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak
mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau
guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi
kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun
menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih
berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak
lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana
hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan,
tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu
manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan
malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan
berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan
rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima
hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita
menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut
selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan
peraturan hidup kita.

Kenapa Lelaki Hilang Minat Pada Wanita

hai salam semua~~!!now jom tgk knp lelaki cpt bosan ngn pompuan..wlupon bkn 100% tept..tp pompuan kne amik berat sket2!!~~ngee

7 C yang menjadi punca benci


COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ni bermaksud ini boleh
melibatkan wajah seseorg wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg
dilakukan serta tindaka tanduknya.


CEREWET
kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu
mengawal percakapannya.


CEMBURU
Cemburu perlu dlm sesuatu hubungan, tetapi wanita yg terlampau cemburu
hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada
perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak
dipercayai.


CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka juka pasangannya cuai terutama apabila ia
melibatkan masa. Misalnya apabila sumai menetapkan keluar jam 3 tetapi
pada masa yg ditetapkan isteri masih sebok bersiap, ini akan membuatkan
mereka benci kerana situsi itu.


CELUPAR
Menurut dr. fadzilah, wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika
mulutnya celupar.


CABUL
Berrmaksud keji dari segi perangai sehingga seseorg wanita itu langsung
tidk malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa
menghirau batas pergaulan.


CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar
terutma sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar
lelaki tidak rasa tercabar.

Saturday, October 9, 2010

salam..aku mula mencoret lagi~~


hai!!~~
lama xupdate..bz gilak..
hmm xtually aku mmg suke kn cabaran dats y aku xsenang duduk..
bg aku jugk rumah hnye lah tmpt untuk tdo..
nk brehat plk bkn masenye..sebagai student aku mmg dahagakn ilmu,,
xkire lah ilmu aper..termasuk ilmu nk jd BAPAK..hehe..
jd ape yg aku nk sampaikn kt cni..
aku menyeru kepada semua mahasiswa/i..
agar rebut pluang mnyertai plbagai xtvt smntare bergelar student..
pgalaman akn mgatasi pntan..percayalh..sekian..tq..
huhu~~


*(bgun2 tdo ttbe tringt aku ade blog..pergh!!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet
Share

Sebarkan.

Pelawat Sesat