Ayuh Ke Page Aku

Puak Navi Dalam Cerita Avatar

Wednesday, February 2, 2011

MENJELANG POLITIK KAMPUS UPSI 2011/2012


Salam pujangga, sebagai pemerhati bebas, tertarik saya untuk menulis artikel ini kerana melihat apa yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2011, tahun yang pastinya menjanjikan satu gelombang atau fenomena "dahsyat" yang pada saya ia sangat menarik untuk diperhatikan.

Pilihan Raya Kampus(PRK), apakah perjuangan mereka? apakah yang dikejarkan? betapa rendahnya nilai etika mahasiswa itu sendiri dengan terang-terangan mengutuk orang lain tanpa rasa malu? Jika benar, mengapa perlu mengutuk? Mencaci, dan sebagainya. Inilah yang sedang bermain difikiran generasi pendatang baru sekarang(junior) Benar, ini politik dan saya pasti ramai yang sudah tahu bahawa politik itu kotor. Tidak mengapa, hal ini saya lihat dari pelbagai sudut. Antara yang menarik disini ialah sejauh mana sesebuah parti itu mampu menggoncang universiti. Disinilah para bijak pandai kita dilahirkan. Diharapkan adik-adik kita tidak terlalu "culture shock" dengan fenomena ini.

Sebelum ini, PRK yang disertai oleh calon pemimpin akan berdepan secara 1 lawan 1 dimana mereka ini adalah dari kalangan ASPIRASI (Pimpinan Bitara) dan PRO-MAHASISWA (Mahasiswa Pendidik). Dari jumlah kemenangan lepas, Aspirasi sering memenangi 2/3 kerusi MPP. Namun kita perlu sedar, dan jangan mudah berasa selesa terlalu lama. Akibatnya, sedar tidak sedar wujud pula pihak baru yang dikenali sebagai Legasi Mahasiswa Progresif (LMP). Ternyata pada tinjauan saya mereka ini wujud dari kalangan orang yang tidak berpuas hati terhadap universiti dan lebih kepada "psyco" dan perang saraf. Saya mengakui strategi serta "kambing hitam" mereka (LMP) sangat rapi dan agak radikal berbanding yang sebelum ini (MP dan PB). Dalam hal ini, saya juga berfikiran secara "bebas" dengan beranggapan bahawa mereka(LMP) adalah parti komponen kepada Mahasiswa Pendidik. Hal ini juga kerana setiap perbuatan yang dilakukan oleh MP sering mendapat liputan positif didalam medium penyiaran LMP walaupun isu yang sama juga diperjuangkan oleh PB. Mungkin juga barangkali LMP ini sekadar "POLITICAL MONSTER" yang hanya bijak mencipta pelbagai isu, itu saya kurang pasti. Apa yang saya harapkan ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang pertumpahan darah dan maruah seperti yang saya lihat di universiti-universiti "HARDCORE" yang lain.

Sehingga kini saya masih menilai sejauh manakah kemampuan pihak-pihak ini untuk tampil sebagai seorang pemimpin. memetik ungkapan saudara Zulhusni Bin Zulkifli, pelajar semester 8 dan juga seorang pemikir bebas yang saya sangat kagumi. "Minggu hadapan, Produk-produk Pendidik berjenama UPSI akan mula menimba pengalaman, mencurah bakti & mewarnai suasana pendidikan di seluruh Negara. Demi agama, bangsa, nama baik universiti dan negara, ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita buktikan bahawa produk berjenama UPSI adalah yang terbaik selaras dengan motto UPSI, "Komited Dalam Membawa Kelainan Dalam Pendidikan Negara".." Ungkapan ini sangat besar maknanya, Bagi saya, untuk memilih calon itu usahlah kita lihat pada tiketnya, pada jelita mahupun tampannya, pada pengaruhnya, tapi pilihlah calon yang berjiwa kental, sanggup menjalankan tanggungjawab, mengharumkan nama UPSI, mencipta budaya baru yang harmonis dan yang paling penting adalah semangatnya semangat anak MELAYU!, . Jika ini yang kita lakukan, nescaya calon kita adalah calon terbaik dari kalangan yang terbaik. Pepatah inggeris, "don't judge a book by it's cover". ya! Persetankan atas tiket apakah calon itu, kerana kesilapan memilih sangat merugikan.

Melihat kembali wajah-wajah peserta kursus kepimpinan yang lepas, saya yakin dan percaya bahawa anda adalah pejuang anak bangsa. Sangat bangga melihat peserta kali ini hadir dengan gaya dan kualiti tersendiri.

Apa-apa pun, harapan saya, dan juga mungkin harapan TNC kita (Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Aminah binti Ayob) kepada bakal Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 agar bersedia menjalankan tanggungjawab yang diberikan, lakukan sesuatu yang boleh menyaingi Universiti Antarabangsa, jangan amalkan rasuah, jangan menindas orang yang lemah tapi sebaliknya menjadi mentor untuk warga mahasiswa biasa seperti saya untuk dijadikan sumber inspirasi. Sedarlah anda sedang mencipta satu lagi sejarah UPSI. Selamat Berjuang sahabat sebumbungku.

8 comments:

chekgu azam aziz said...

menarik~
tak sabar untuk melihat panorama pilihanraya kampus pendidik~

ezzaFarEezaShahRizaL said...

gud job my dear..neq sokom kamu~

teh o ais milo said...

azam aziz~~ya PRK mmg sesuatu yg ditunggu2..
bnyak kebaikan dan keburukan yg kita boleh ambil..yg pasti,,setiap PRK ini menceritakan baru sedikit suasana POLITIK luar..tgk jela..

teh o ais milo said...

kak mumun~~hidup SPRM..hope this year ade perubahan yg kita lakukan..yeeaarrgghh!!

Tasha said...

wah...... UKM plak ala kadar jer. tahun lepas je gempak semacam sampai polis ada datang

teh o ais milo said...

tasha~~UPSI rasenye masih dalam keadaan terkawal..maybe coz kami ni bakal pendidik..jadi xmau la berbalah teruk2..yg penting bila kita berfikiran matang, kompom sumenya berjalan lancar~~

ctah2542 said...

terbaekk la kun2.. nice article.. satu pemerhatian yang tajam.. hope PRK berjalan dengan baik..

teh o ais milo said...

MASHI2~~ala sekadar pemerhati biasa ja..hu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet
Share

Sebarkan.

Pelawat Sesat