Ayuh Ke Page Aku

Puak Navi Dalam Cerita Avatar

Thursday, April 28, 2011

BARU BANGUN TIDO!!

hai salam sahabatku yang setia lepak kat blog aku yang entah le..dari dulu tak update2..bukan ape..aku banyak kot idea tapi tak rajin nak taip..banyak benda aku nak story pasni..tapi tunggu aku abis exam ek~~haha..by the exam ni la yang wat aku sedar dari tidor yang panjang..law tak exam mesti aku tak tau aku ni tak tau banyak perkara..sob3(sedey la braderr)by the way tinggal 2 paper je lag nih..doakan aku dapat wat yang terbaik ye geng..aku juga doakan korang..dan yang merdeka tu khasnya kepada mamat nih yang wat entry merdeka dia..haha..sengal kacau aku ek ko..k gerak dulu..nak sambung study..jumpa lagi geng!!


*pagi ni hujan..mate aku kuyu balik,,erm xcukup tiduuuurrrr

Saturday, March 5, 2011

.::AKU RINDU ZAMAN BERMUZIK DULU::.

hah..aku rindu3..itu saja aku mampu katakan sekarang..aku mula meminati muzik sejak dibangku sekolah(skema giler)..zaman itu aku giler muzik indie..maka aku pon perform di sekolah ketika kami Persatuan Tingkatan Enam(PTE) membuat satu majlis sambutan hari raya disekolah..ni la wajah2nya..


>>Dari kiri ADIB, AKU, BOBOI, (yang lgi 2 orang tu mamat technician merangkap org kuat PTE)



Dan setelah aku tamat FORM 6, aku pon mencari line up baru..ketika itu dengan nama DOWN CARNIGIE dimana muzik kami bergenre ROCK n ROLL..walaupon R'N'R tapi kitorg gemar memakai baju melayu ketika jaming..hhoho

>>Dari kiri SEMUT, AYEN n AKU


So yang ni pulak member lama sekolah menengah dulu..kami berjumpa kembali setelah berkurun berpisah kerana masing-masing melanjutkan pelajaran diluar kawasan..then bila kami bertemu..kami akan suka berdisscus about muzik dimana aku pernah follow dorang masuk GIGS beberapa kali semata-mata mahu menuntut ilmu disana..haha..by the way group ni kami namakan THE STRINGS NEVER HAS THIS BIG(panjang giler nama band..pergh) dengan membawa muzik POST ROCK yang telah menjadikan aku jiwang sehingga kini.

>>Dari kiri ADIB, FARID, IJAT, APPY, ACAP, dan AKU (so kt bawah tu la rakaman yang sempat kami selamatkan)





Ni masa aku semester 2, aku amik KO muzik moden..nama band time tu PAPER PLANE..hehe..bawak muzik SKINHEAD kot..by the way aku enjoy dol..

>>Dari kiri SIS CHOERIS, BANTONG, AKU, FARID, SHARIL dan CEK PATAH(bawah tu antara lagu yang kitorang perform malam final kami..tak menang pon..ekekke)




lastly but not least~~!!haha..aku juga boleh bermain kompang..walaupon kita mengikuti alunan semasa, namun muzik tradisional jangan kita lupakan..

>>ni masa AKU ngan housemate aku..PIAN@EN.BOBOI

*satu hari nanti aku berharap dapat hasilkan sebuah lagu..sebuah jer..sebuah jer pon jadi laaa..(harapan)

Thursday, March 3, 2011

.::AKU PENGKHIANAT::.


SALAM SAYANG..AKU MENULIS SEKADAR MAHU ORANG FAHAM AKAN AKU..

“Jangan takut untuk kentut disembarangan tempat yang kita yakin untuk melepaskan, kentut itu lambang kejujuran"

Rakan-rakanku, aku melihat kurang mengutamakan kejujuran..korang makin mengutamakan telunjuk dan kemunafikan..Mestinya kita perlu berani berkata tidak, aku pernah merasa jadi seperti kamu(kambing hitam)..jadi aku tidak mahu perkara yang sama berlaku pada sahabat-sahabat aku..aku cukup faham akan strategi pemimpin ini tentang pejabat-pejabat munafiknya..

PERSOALANNYA : Salahkah aku keluar dari barisan?? dahulu aku bersama kalian..adakah aku pernah begini??tidak..aku cukup menurut perintah bukan?? tapi mengapa mereka sewenang-wenangnya berkata aku pengkhianat??

RASIONALKAH AKU BEGINI : Ya..pada aku, aku sangat rasional dalam menuntukan hala tuju aku..apa yang aku alami tentang politik kampus baru-baru ini..telah membuatkan aku berfikir lebih dan lebih lagi..dimana aku seperti orang bisu yang hanya boleh mendengar..bila bersuara aku dianggap mahu berlagak pandai..tapi hakikatnya kamu semua memang begitu..kamu hanya melihat kemenangan tapi strategi kamu sangat lemah..orang-orang kamu hanya sekadar mencukupkan kouta atau lebih benar lagi orang-orang kamu disusun hanya sekadar menunjukkan kamu sentiasa ada wakil..tapi pernahkah kamu bertanya orang-orang kamu..ikhlaskah dia memikul tanggungjawab itu??sama sekali aku yakin kamu tidak pernah memikirkan orang-orang seperti aku..aku bersungguh mahu betulkan kepercayaan kamu..tapi aku dipancung dengan kata-kata emosi..wajarkah..seorang senior aku anggap sebagai mentor kini bukan lagi seperti yang aku jangkakan..

AKU BUKAN PENENTANG : Kepada tempat asal ku mencipta skill..ketahuilah..usah lagi menggunakan strategi lama..usah lagi memaksa dan menipu orang-orang kamu..usah lelapkan mata-mata adik-adikku..aku yakin..SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT..aku bangkit dengan pepatah itu..aku hidup dengan pepatah itu..


Walau apa pun..aku mahu kamu semua tahu..aku bukan pengkhianat..
tapi AKULAH PENYAMBUNG WARISAN!!



Tuesday, February 15, 2011

CONTEST : JOM SNAP SITUASI PRK UPSI!!



salam pujangga~~



PRK sudah bermula!!~~kepada photographer2 UPSI..apa lagi??mari kita rakamkan gambar2 mereka..kita buat satu hobi PRK kali ini sebagai tugasan kita..ayuh..jom kita lawan siapa yang dapat mendokumentasikan gambar paling DRAMATIS, ANGKUH, BERGAYA, CANDID,
HAPPENING, MENCURIGAKAN, LAWAK, MELATAH DAN SEBAGAINYA..hahaa!!its something im waiting for..watch out!!ahahha

tarikh mula : 15 feb 2011
objektif : melahirkan photographer dlm hal candid~~
sasaran : calon MPP dan rakyat jelata..yeeaarrgghh!!!
anjuran : KUNTUM SAJE NAK CAKAP
alasan : its just hobby
hadiah : secret (BERGANTUNG KEWANGAN..hehe)
pemenang : 5 orang sahaja
peraturan : gambar asli-asli jer(wajib 3 gambar) dan tak kesah mana-mana pihak serta tajuk gamba korang
syarat : terbuka kepada pelajar UPSI sahaja dan wajib jadi follower aku..ngee
tarikh tutup : 22 feb 2011 jam 12.00 a.m
keputusan : tiga(3) hari selepas keputusan PRK jam 12.00 a.m
cara-caranya : tajuk entry anda mestilah "CONTEST : JOM SNAP SITUASI PRK UPSI!! oleh kuntum"
dan setelah itu, sila "link"kan entry anda kepada komen contest KUNTUM ni..mudahkan..

SeLamAt BerJUang SahaBat Ku..yeeaarrgghh!!!

Wednesday, February 2, 2011

MENJELANG POLITIK KAMPUS UPSI 2011/2012


Salam pujangga, sebagai pemerhati bebas, tertarik saya untuk menulis artikel ini kerana melihat apa yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2011, tahun yang pastinya menjanjikan satu gelombang atau fenomena "dahsyat" yang pada saya ia sangat menarik untuk diperhatikan.

Pilihan Raya Kampus(PRK), apakah perjuangan mereka? apakah yang dikejarkan? betapa rendahnya nilai etika mahasiswa itu sendiri dengan terang-terangan mengutuk orang lain tanpa rasa malu? Jika benar, mengapa perlu mengutuk? Mencaci, dan sebagainya. Inilah yang sedang bermain difikiran generasi pendatang baru sekarang(junior) Benar, ini politik dan saya pasti ramai yang sudah tahu bahawa politik itu kotor. Tidak mengapa, hal ini saya lihat dari pelbagai sudut. Antara yang menarik disini ialah sejauh mana sesebuah parti itu mampu menggoncang universiti. Disinilah para bijak pandai kita dilahirkan. Diharapkan adik-adik kita tidak terlalu "culture shock" dengan fenomena ini.

Sebelum ini, PRK yang disertai oleh calon pemimpin akan berdepan secara 1 lawan 1 dimana mereka ini adalah dari kalangan ASPIRASI (Pimpinan Bitara) dan PRO-MAHASISWA (Mahasiswa Pendidik). Dari jumlah kemenangan lepas, Aspirasi sering memenangi 2/3 kerusi MPP. Namun kita perlu sedar, dan jangan mudah berasa selesa terlalu lama. Akibatnya, sedar tidak sedar wujud pula pihak baru yang dikenali sebagai Legasi Mahasiswa Progresif (LMP). Ternyata pada tinjauan saya mereka ini wujud dari kalangan orang yang tidak berpuas hati terhadap universiti dan lebih kepada "psyco" dan perang saraf. Saya mengakui strategi serta "kambing hitam" mereka (LMP) sangat rapi dan agak radikal berbanding yang sebelum ini (MP dan PB). Dalam hal ini, saya juga berfikiran secara "bebas" dengan beranggapan bahawa mereka(LMP) adalah parti komponen kepada Mahasiswa Pendidik. Hal ini juga kerana setiap perbuatan yang dilakukan oleh MP sering mendapat liputan positif didalam medium penyiaran LMP walaupun isu yang sama juga diperjuangkan oleh PB. Mungkin juga barangkali LMP ini sekadar "POLITICAL MONSTER" yang hanya bijak mencipta pelbagai isu, itu saya kurang pasti. Apa yang saya harapkan ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang pertumpahan darah dan maruah seperti yang saya lihat di universiti-universiti "HARDCORE" yang lain.

Sehingga kini saya masih menilai sejauh manakah kemampuan pihak-pihak ini untuk tampil sebagai seorang pemimpin. memetik ungkapan saudara Zulhusni Bin Zulkifli, pelajar semester 8 dan juga seorang pemikir bebas yang saya sangat kagumi. "Minggu hadapan, Produk-produk Pendidik berjenama UPSI akan mula menimba pengalaman, mencurah bakti & mewarnai suasana pendidikan di seluruh Negara. Demi agama, bangsa, nama baik universiti dan negara, ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita buktikan bahawa produk berjenama UPSI adalah yang terbaik selaras dengan motto UPSI, "Komited Dalam Membawa Kelainan Dalam Pendidikan Negara".." Ungkapan ini sangat besar maknanya, Bagi saya, untuk memilih calon itu usahlah kita lihat pada tiketnya, pada jelita mahupun tampannya, pada pengaruhnya, tapi pilihlah calon yang berjiwa kental, sanggup menjalankan tanggungjawab, mengharumkan nama UPSI, mencipta budaya baru yang harmonis dan yang paling penting adalah semangatnya semangat anak MELAYU!, . Jika ini yang kita lakukan, nescaya calon kita adalah calon terbaik dari kalangan yang terbaik. Pepatah inggeris, "don't judge a book by it's cover". ya! Persetankan atas tiket apakah calon itu, kerana kesilapan memilih sangat merugikan.

Melihat kembali wajah-wajah peserta kursus kepimpinan yang lepas, saya yakin dan percaya bahawa anda adalah pejuang anak bangsa. Sangat bangga melihat peserta kali ini hadir dengan gaya dan kualiti tersendiri.

Apa-apa pun, harapan saya, dan juga mungkin harapan TNC kita (Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Aminah binti Ayob) kepada bakal Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 agar bersedia menjalankan tanggungjawab yang diberikan, lakukan sesuatu yang boleh menyaingi Universiti Antarabangsa, jangan amalkan rasuah, jangan menindas orang yang lemah tapi sebaliknya menjadi mentor untuk warga mahasiswa biasa seperti saya untuk dijadikan sumber inspirasi. Sedarlah anda sedang mencipta satu lagi sejarah UPSI. Selamat Berjuang sahabat sebumbungku.

Monday, January 17, 2011

OLD CAR TRIP CAMPING DI TELUK BATIK


TADAA~~ni second movie from amatuer..malas nk describe..juz for my collection..

Wednesday, January 5, 2011

contoh tugasan kajian kes subject "SUMBER MANUSIA"

SALAM PUJANGGA!!~~entry ni for student who's taking human resources
now korg xperlu bersusah payah lg nk cri aku..hehe..ok2..lastly but not least..gud luck oLLz!!all the best for your esemen beb..haha~~

korg follow je ni..ni yg lect kita bg..ingt, jgn salah nma lect plk..n then kpd group2 yg da undi tu..prepare beb..tau..ok gerak2..


1 : MUKA DEPAN



2 : KAJIAN KES SERTA CADANGAN SOALAN



3 : MASALAH DALAM KES TERSEBUT



4 : JAWAPAN BAGI PERSOALAN



5 : LANGKAH2 MENGATASI DAN PENUTUP



6 : BERIKAN CONTOH PETIKAN AKBAR ATAU SUMBER2 LAIN DAN BIBLIOGRAFI JIKA ADA




*payah jd kapten kls ni..student xnk ramai plk..jenuh nk lyn..huii

Sunday, January 2, 2011

KENAPA KITA PERLU JAGA KANAK-KANAK YANG SEDANG BERMAIN?


Salam pujangga..

Taman Permainan atau bahasa melayu modennyee disebut “pleygraun”(playground daa..huhu)

adalah satu tempat yg pantang dilihat oleh kanak2, naima aku yg dewasa ni sekalipun xbley tgk sbb trase nk main papan gelungsur sahaja(skema pula..)..

Ok skang ni kenapa??kenapa??dan kenapa??bnyak bahayenyee..jom tengok ape yg bahaya :


1 RISIKO XNAK BALIK UMAH

Perkara ni sering terjadi bila kanak2 da terlebih syeerroonokk hingga xingat maghrib da tiba..so klu kita awasi,kita boley arah dorg serta merta tok blk awal..lau xjage..hmm time tu la kita sebagai orang dewasa kena pi carik sekitar playground..(huh ni aku pling mnyampah..)


2 RISIKO KENA BULI NGAN BUDAK YG XTRA SIZE(selaluny geng gemok)

Ha yg ni aku pon slalu kne dulu..mentang2 la aku ni slim shady man(ala2 eminem)..asik aku je yg xdapat nk main buaian..nk maen kuda2 pun xleh..dorg guna size dorg tok halau aku...kurang ajo!!char kuey tiaw punye budak!!so bila anda awasi anak2@anak buah@adik2 anda..pasti gangster kecik ni xlh wat kepala..(knp la abg aku dulu xjage aku mase aku kne buli..chait..)


3 RISIKO KENA CULIK

OMG!!kidnap??no2..ni pling digeruni..awasi la kanak2 dari pemangsa ini..kita pon tau kn yg penculik ni jht..tgk kt berita sume kejam2 giler tahap..maka..kalau anda xawasi..siapa lagi??(pesanan ikhlas dari kuntum..hehe)..family first..bring ur heart home!!


4 RISIKO KENA SAMPUK MOMOK

Yang ni aku no komen..sbb takut woo..tapi mmbe ak penah kne..time tu kmi main hide n seek(mat saleh plak dah)..biase la maen ni walaupon da lwt ptg..nyorok ttp nyorok..tkut kne jdi plk..nah..last2..nmpk momok..ha3..die blk nanges2 time maghrib..ingt kne gigit pacat ke ap..skali kne sampuk da..isk2 mungkin die salah main kat kawasan terlarang..abang2 kakak2 makcik2 pakcik2 harap jgn bg mereka main kt tempt2 yg sunyi sgt..huhu..(dulu time aku kecik2 aku cukup takut gelap..wakaka!!)..senang cite law tgk movie magika..camtu pon best jugak!!hhohoh


5 RISIKO KEMALANGAN(ish3..ni la yang jd kt anak buah aku..)

Hahahah!!ni la yg aku nk citer benonyee..kjadian ni berlaku sehari sebelum NEW YEAR 2011..Ni la akibat xdipantau..main playground malam2 tanpa jagaan..korg tgk la sendiri anak buah aku ni..(aufa anaki berumur 3 tahun seorang yg xpenah serik..cita2nya nak jadi spiderman..ni la hasilnye)


time ni baru la spiderman ni nak "aduy syakett"..law xdie ni mane pernah serik



nurse cun plk..tp xnmpak muke..hahah..



baru lepas x-ray..muke blurrrr



namun semangat spiderman kekal dalam lubuk hati.."heaarrgghh!!!!"


hahaa..tau takut kne gigit..wakaka!!


aduy cian aku tgk die ni..xdpt nk kuar umh gini la jadinye..haha~~
semoga cpt sembuh aufa..

Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!

SEMPENA ari baik bulan cun ni..aku nk ckp:
1 ) moga 2011 ni tahun kematangan mohd zaini zainudin a.k.a kuntum..
2 ) esok umh aku wat majlis tahlil n doa selamat kesyukuran kami sekeluarga pindh umh..yg tau umh tu mai la dtg..
3 ) kepada junior baru UPSI..selamat dtg ke UPSI lg2 ke KOLEJ AMINUDDIN BAKI!!
4 ) jmk KAB..CHAYOK2..anda mmg hebat..teruskn perjuangan anda
5 ) untuk SPRM UPSI..2011 kita wat pogram bnyak2 sket beb..
6 ) untuk SRN UPSI plk..jgn tinggal daku..he2!!~~
7 ) penghuni umah D204 nanti(umh gengster korea)..harap umh kita akn kemas dan xde samph merata2 sem depan
8 ) lastly but not least..nway~~!!HEPY NEW YEAR ARE COMING..WELCOME 2011~~!!have a nice journey oLLz!!~~

Monday, December 20, 2010

Wajah aku tua??




Salam pujangga .. jumpa lagi kita ya..xtualy sdg aku godek2 software..aku terjumpa la software ni kat fb Atikah Saroni..

jadi nak dipendekkan cerita..aku pon try la..nmpk menarik..
da la aku jenis suke mende2 gini walaupon ala2 tahyul..tp nice la gk..juz 4 fun rite..
so ni la hasilnya ..sob2..tue jugak aku punye muke nih..


~~ni umur aku 41 tahun..pada 2030~~


~~ni plk bila umur aku 51 tahun..pada 2040~~
(ops!!grgnye!!)




so kepada sesiapa yg nk tgk wajah die lg 20 or 30 tahun..bley a try kt sini..

www.in20years.com

selamat mencube~~!!



.::masalahnya hidup lagi ke aku??harap2 pnjangla umur aku..huhu::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet
Share

Sebarkan.

Pelawat Sesat