Ayuh Ke Page Aku

Puak Navi Dalam Cerita Avatar

Saturday, March 5, 2011

.::AKU RINDU ZAMAN BERMUZIK DULU::.

hah..aku rindu3..itu saja aku mampu katakan sekarang..aku mula meminati muzik sejak dibangku sekolah(skema giler)..zaman itu aku giler muzik indie..maka aku pon perform di sekolah ketika kami Persatuan Tingkatan Enam(PTE) membuat satu majlis sambutan hari raya disekolah..ni la wajah2nya..


>>Dari kiri ADIB, AKU, BOBOI, (yang lgi 2 orang tu mamat technician merangkap org kuat PTE)



Dan setelah aku tamat FORM 6, aku pon mencari line up baru..ketika itu dengan nama DOWN CARNIGIE dimana muzik kami bergenre ROCK n ROLL..walaupon R'N'R tapi kitorg gemar memakai baju melayu ketika jaming..hhoho

>>Dari kiri SEMUT, AYEN n AKU


So yang ni pulak member lama sekolah menengah dulu..kami berjumpa kembali setelah berkurun berpisah kerana masing-masing melanjutkan pelajaran diluar kawasan..then bila kami bertemu..kami akan suka berdisscus about muzik dimana aku pernah follow dorang masuk GIGS beberapa kali semata-mata mahu menuntut ilmu disana..haha..by the way group ni kami namakan THE STRINGS NEVER HAS THIS BIG(panjang giler nama band..pergh) dengan membawa muzik POST ROCK yang telah menjadikan aku jiwang sehingga kini.

>>Dari kiri ADIB, FARID, IJAT, APPY, ACAP, dan AKU (so kt bawah tu la rakaman yang sempat kami selamatkan)





Ni masa aku semester 2, aku amik KO muzik moden..nama band time tu PAPER PLANE..hehe..bawak muzik SKINHEAD kot..by the way aku enjoy dol..

>>Dari kiri SIS CHOERIS, BANTONG, AKU, FARID, SHARIL dan CEK PATAH(bawah tu antara lagu yang kitorang perform malam final kami..tak menang pon..ekekke)




lastly but not least~~!!haha..aku juga boleh bermain kompang..walaupon kita mengikuti alunan semasa, namun muzik tradisional jangan kita lupakan..

>>ni masa AKU ngan housemate aku..PIAN@EN.BOBOI

*satu hari nanti aku berharap dapat hasilkan sebuah lagu..sebuah jer..sebuah jer pon jadi laaa..(harapan)

Thursday, March 3, 2011

.::AKU PENGKHIANAT::.


SALAM SAYANG..AKU MENULIS SEKADAR MAHU ORANG FAHAM AKAN AKU..

“Jangan takut untuk kentut disembarangan tempat yang kita yakin untuk melepaskan, kentut itu lambang kejujuran"

Rakan-rakanku, aku melihat kurang mengutamakan kejujuran..korang makin mengutamakan telunjuk dan kemunafikan..Mestinya kita perlu berani berkata tidak, aku pernah merasa jadi seperti kamu(kambing hitam)..jadi aku tidak mahu perkara yang sama berlaku pada sahabat-sahabat aku..aku cukup faham akan strategi pemimpin ini tentang pejabat-pejabat munafiknya..

PERSOALANNYA : Salahkah aku keluar dari barisan?? dahulu aku bersama kalian..adakah aku pernah begini??tidak..aku cukup menurut perintah bukan?? tapi mengapa mereka sewenang-wenangnya berkata aku pengkhianat??

RASIONALKAH AKU BEGINI : Ya..pada aku, aku sangat rasional dalam menuntukan hala tuju aku..apa yang aku alami tentang politik kampus baru-baru ini..telah membuatkan aku berfikir lebih dan lebih lagi..dimana aku seperti orang bisu yang hanya boleh mendengar..bila bersuara aku dianggap mahu berlagak pandai..tapi hakikatnya kamu semua memang begitu..kamu hanya melihat kemenangan tapi strategi kamu sangat lemah..orang-orang kamu hanya sekadar mencukupkan kouta atau lebih benar lagi orang-orang kamu disusun hanya sekadar menunjukkan kamu sentiasa ada wakil..tapi pernahkah kamu bertanya orang-orang kamu..ikhlaskah dia memikul tanggungjawab itu??sama sekali aku yakin kamu tidak pernah memikirkan orang-orang seperti aku..aku bersungguh mahu betulkan kepercayaan kamu..tapi aku dipancung dengan kata-kata emosi..wajarkah..seorang senior aku anggap sebagai mentor kini bukan lagi seperti yang aku jangkakan..

AKU BUKAN PENENTANG : Kepada tempat asal ku mencipta skill..ketahuilah..usah lagi menggunakan strategi lama..usah lagi memaksa dan menipu orang-orang kamu..usah lelapkan mata-mata adik-adikku..aku yakin..SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT..aku bangkit dengan pepatah itu..aku hidup dengan pepatah itu..


Walau apa pun..aku mahu kamu semua tahu..aku bukan pengkhianat..
tapi AKULAH PENYAMBUNG WARISAN!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet
Share

Sebarkan.

Pelawat Sesat