Ayuh Ke Page Aku

Puak Navi Dalam Cerita Avatar

Tuesday, May 15, 2012

Nak jadi hawttt walaupun tak berapa nak hawwtt kat FB??


Salam sayang u olz..
Dah lama pok cik tak update blog ni ha..fuh..fuh!! berabuk sudeh..
Ok berbalik pada tajuk entry diatas..pasti korang akan terkejutkan macam mana status nak tido gua boleh dapat beratus like..haha!!

sile tengok status pok cik yang ni..macam haremm..pun dekat 700 like..hawtt gittew..so kepada mereka yang nak haawtt..boleh cube disini..ikut jer ape dikate..mudah, cepat dan yang paling penting serius hawtt!!
booo..haha




 
 maka, diakhir pembacaan kalian..admin sertakan link untuk sesiapa menjadi hawwtt..sila klik dibawah ini..selamat mencube=)

http://autolike.twtt.biz/


Sunday, August 7, 2011

Jom buat muka anda Nampak poyo, puyol, toyol, dan sebagainya.



Salam Ramadhan!!

Anda bosan??marilla cuba ini..mudah dan menarik..hanya perlukan lebih kurang 15 minit 37 saat sahaja!!wah..excited bukan??..walaubagaimanapun,anda mesti ada software Adobephotoshop..aku pun pakai CS3 jer..sapa2 yang dah tau buat, tak pe..aku tetap nak berkongsi jugak, nak jugak..ngee~~


1. Drag mana-mana gambar yang anda suka(tapi selalunya muka sendiri jugak pebret korangkan..muahaha..tak per, aku paham..aku pun cam tu jugak)



2 . Kemudian korang ikut jer arr0w yang aku buat kat bawah ni sebagai guide korang..ingat nih, korang papehal mesti layer dulu seterusnya klik Duplicate Layer(untuk kemudahan korang nak edit),,kalau tak..korang guna software canggih pun tak jadinyee..(nasihat aku terbatuk2 bagai..maklumlah..pagi2 bute ni mak aku tak masak tok sahur lagi..tekak kebuloq aihhh)



3 . Selepas itu korang tekan pulak kat image, kemudian adjustment, seterusnya klik hue/saturation..(hensem jugak aku ek..ape??salah ker aku cakap??haha!!)



4 . bila keluar kotak macam dekat bawah ni..korang setting la sendiri nak warna apa muka korang..banyak warna korang boleh tetapkan..aku suka warna biru(addict gile ngan biru..)..korang nak amik biru pun aku tak kesah..(biru Nampak suwwiiit gittew,wakaka!!)



5 . selesai part warna, korang klik pula dekat “Eraser Tool” macam dekat bawah nih..(erk..jangan tengok muka model bawah tu lama-lama k, nanti terpikat..ehem..apa??korang cakap aku perasan??what evveerrr..wakakaka!!)



6. dah make sure belom korang tekan eraser tool ni??baik korang cek balik..haha..kang silap tak jadi geng..jangan maki aku pulak..wakaka!!sekarang korang dah sure??ok korang boleh pilih brushes yang korang suka..yang kat bawah ni sekadar korang punya guide jer..selepas itu korang bolehlah padam dekat area mana-mana yang korang suka serta Nampak suuwwiitt gittew..



Akhirnya, ni la gambar yang selepas di rosakkan..korang da paham belom??aku harap korang dapat berlajar sesuatu..kalau Berjaya tu..aku doakan korang tak kedekut ilmu pada yang lain..aku tak minta dibayar..cukup la korang doakan kejayaan aku dunia akhirat..hehe..all the best geng..ade masa aku buat yang lain pulak..salam..


Another annoying edit..kenapa pic aku sorang jer ade warna??ha itu korang tanye la laptop korang..bukan salah aku.. tengok la belakang tu..itu Suhada..member skolah aku..korang nak ngorat??haha..aku pun tak tau la dia ni status camner..tak pernah solo la katekan..very the datin2~~(zaman form 6 aku begitu skema, bersongkok, bertali leher dan berlengan panjang gittew serta dilengkapi pensel tekan2 pilot dipoket yang mahal gile dodol ketika itu)

*woi suhada..ko da kawen lom??member aku tanye..hahak!!




*psst..psst..!!kalau korang tak kesah..sila la tag pic yang korang dah edit macam ni dilaman fb aku..boleh aku tengok hasilnya..tak pun korang buat la satu story pasal aku kat blog korang yee..pastu tag aku..taw3..ngee(aiyoo demand pulak..)


Tuesday, July 19, 2011

..Apa Nak Jadi..

~~SALAM SAYANG~~





Merujuk gambar diatas(yang mcm ala seksa gitu), aku sebenarnya nak cakap yang aku mulai stress menjadi dewasa..jadi..apa lagi yang orang dewasa fikirkan kalau bukan kerana masa depan..Tu je aku nak cakap pun..muehehe~~


*mood : sedang membaca buku motivasi..bagi top up sikit semangat ini!
*ok pic tu aku edit guna cs3+LR+photoscape..he3

Wednesday, July 13, 2011

Eksplorasi Fotografi MAKUM 2011 di UMS Terbaik!!

so cam ni cite die..baru2 ni aku ade join event kat sabah..semingu beb..25-30 Jun 2011 yang di anjurkan oleh pihak MAKUM yang tuan rumah kali ini di UMS, Sabah!!what the heaven~~so nk cite panjang sangat..maka korang tgk jela gambar2 yang secebis ni aku ltk sekadar pengetahuan korg jer..hehe~~



Ok pic bawah ni la wakil UPSI yang diiringi oleh En. Mael dari U-Tech Kebudayaan HEP..dak pompuan yang sebelah tu namenye ain..name glamour die ni ha Aiyennk Nuyun..then dak laki baju merah tu kompom la guakn..haha!!(pic ni kt mana??anda tgk lah sendiri..wakaka)..ok Sepilok ni bley dikatekan salah satu dri berpuluh2 tempat jagaan Orang Utan yang ade kat Sabah ni..waktu Orang Utan ni kua makan hanya pada jam 10 pagi dan 3 petang..Orang Utan kua lebih kurang 20 minit..pastu lesap suda..yuran law xsilap RM5 je kot..tu xtermasuk yuran bawak masuk kemere k..disini juga kami telah diberi tugasan untuk "snap" gambar Orang Utan ni..by the way..pic no 2nd tu la pic yg berjaye aku snap..xtually susah nk snap binatang ni..jauh kot..peringatan..korang mesti bawak zoom lense kalau nk snap binatang ni..haha..






Orait..ni sape??ni la AJK geng MAKUM UMS..dorang ni serius sporting..ape yang aku bley cakapkan..program ni memang sempoi..






ha pic ni kisahnya aku telah diculik oleh geng2 otai..haha..dan aku dibawa ke kawasan kaki gunung kinabalu..bosan2 aku try2 la wat HDR photo..he3..xmemuaskan pon..tp aku ttp suke ini pic..yang bawah tu plak aku g buang mase lapang try reverse lense(*kene racun ngn si johan bha..terus gian)





ni dekat area SimSim..kampung nelayan ni pon the best jugak la view die..but aku just dpt yg ni jer..hohoi~~!!






Desa Cattle..ni kawasan lembu yang ala2 new zealand tu..tgk la wajahnye..very the kereks~~haha






Lastly,,thx to En.Faris sebab buat berita ni kat laman web UPSI..hahah..bangge seh..papepon aku bersyukur sebab diberi peluang untuk meluaskan ilmu yang aku ade..thx UPSI..


Thursday, April 28, 2011

BARU BANGUN TIDO!!

hai salam sahabatku yang setia lepak kat blog aku yang entah le..dari dulu tak update2..bukan ape..aku banyak kot idea tapi tak rajin nak taip..banyak benda aku nak story pasni..tapi tunggu aku abis exam ek~~haha..by the exam ni la yang wat aku sedar dari tidor yang panjang..law tak exam mesti aku tak tau aku ni tak tau banyak perkara..sob3(sedey la braderr)by the way tinggal 2 paper je lag nih..doakan aku dapat wat yang terbaik ye geng..aku juga doakan korang..dan yang merdeka tu khasnya kepada mamat nih yang wat entry merdeka dia..haha..sengal kacau aku ek ko..k gerak dulu..nak sambung study..jumpa lagi geng!!


*pagi ni hujan..mate aku kuyu balik,,erm xcukup tiduuuurrrr

Saturday, March 5, 2011

.::AKU RINDU ZAMAN BERMUZIK DULU::.

hah..aku rindu3..itu saja aku mampu katakan sekarang..aku mula meminati muzik sejak dibangku sekolah(skema giler)..zaman itu aku giler muzik indie..maka aku pon perform di sekolah ketika kami Persatuan Tingkatan Enam(PTE) membuat satu majlis sambutan hari raya disekolah..ni la wajah2nya..


>>Dari kiri ADIB, AKU, BOBOI, (yang lgi 2 orang tu mamat technician merangkap org kuat PTE)



Dan setelah aku tamat FORM 6, aku pon mencari line up baru..ketika itu dengan nama DOWN CARNIGIE dimana muzik kami bergenre ROCK n ROLL..walaupon R'N'R tapi kitorg gemar memakai baju melayu ketika jaming..hhoho

>>Dari kiri SEMUT, AYEN n AKU


So yang ni pulak member lama sekolah menengah dulu..kami berjumpa kembali setelah berkurun berpisah kerana masing-masing melanjutkan pelajaran diluar kawasan..then bila kami bertemu..kami akan suka berdisscus about muzik dimana aku pernah follow dorang masuk GIGS beberapa kali semata-mata mahu menuntut ilmu disana..haha..by the way group ni kami namakan THE STRINGS NEVER HAS THIS BIG(panjang giler nama band..pergh) dengan membawa muzik POST ROCK yang telah menjadikan aku jiwang sehingga kini.

>>Dari kiri ADIB, FARID, IJAT, APPY, ACAP, dan AKU (so kt bawah tu la rakaman yang sempat kami selamatkan)





Ni masa aku semester 2, aku amik KO muzik moden..nama band time tu PAPER PLANE..hehe..bawak muzik SKINHEAD kot..by the way aku enjoy dol..

>>Dari kiri SIS CHOERIS, BANTONG, AKU, FARID, SHARIL dan CEK PATAH(bawah tu antara lagu yang kitorang perform malam final kami..tak menang pon..ekekke)




lastly but not least~~!!haha..aku juga boleh bermain kompang..walaupon kita mengikuti alunan semasa, namun muzik tradisional jangan kita lupakan..

>>ni masa AKU ngan housemate aku..PIAN@EN.BOBOI

*satu hari nanti aku berharap dapat hasilkan sebuah lagu..sebuah jer..sebuah jer pon jadi laaa..(harapan)

Thursday, March 3, 2011

.::AKU PENGKHIANAT::.


SALAM SAYANG..AKU MENULIS SEKADAR MAHU ORANG FAHAM AKAN AKU..

“Jangan takut untuk kentut disembarangan tempat yang kita yakin untuk melepaskan, kentut itu lambang kejujuran"

Rakan-rakanku, aku melihat kurang mengutamakan kejujuran..korang makin mengutamakan telunjuk dan kemunafikan..Mestinya kita perlu berani berkata tidak, aku pernah merasa jadi seperti kamu(kambing hitam)..jadi aku tidak mahu perkara yang sama berlaku pada sahabat-sahabat aku..aku cukup faham akan strategi pemimpin ini tentang pejabat-pejabat munafiknya..

PERSOALANNYA : Salahkah aku keluar dari barisan?? dahulu aku bersama kalian..adakah aku pernah begini??tidak..aku cukup menurut perintah bukan?? tapi mengapa mereka sewenang-wenangnya berkata aku pengkhianat??

RASIONALKAH AKU BEGINI : Ya..pada aku, aku sangat rasional dalam menuntukan hala tuju aku..apa yang aku alami tentang politik kampus baru-baru ini..telah membuatkan aku berfikir lebih dan lebih lagi..dimana aku seperti orang bisu yang hanya boleh mendengar..bila bersuara aku dianggap mahu berlagak pandai..tapi hakikatnya kamu semua memang begitu..kamu hanya melihat kemenangan tapi strategi kamu sangat lemah..orang-orang kamu hanya sekadar mencukupkan kouta atau lebih benar lagi orang-orang kamu disusun hanya sekadar menunjukkan kamu sentiasa ada wakil..tapi pernahkah kamu bertanya orang-orang kamu..ikhlaskah dia memikul tanggungjawab itu??sama sekali aku yakin kamu tidak pernah memikirkan orang-orang seperti aku..aku bersungguh mahu betulkan kepercayaan kamu..tapi aku dipancung dengan kata-kata emosi..wajarkah..seorang senior aku anggap sebagai mentor kini bukan lagi seperti yang aku jangkakan..

AKU BUKAN PENENTANG : Kepada tempat asal ku mencipta skill..ketahuilah..usah lagi menggunakan strategi lama..usah lagi memaksa dan menipu orang-orang kamu..usah lelapkan mata-mata adik-adikku..aku yakin..SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT..aku bangkit dengan pepatah itu..aku hidup dengan pepatah itu..


Walau apa pun..aku mahu kamu semua tahu..aku bukan pengkhianat..
tapi AKULAH PENYAMBUNG WARISAN!!



Tuesday, February 15, 2011

CONTEST : JOM SNAP SITUASI PRK UPSI!!



salam pujangga~~



PRK sudah bermula!!~~kepada photographer2 UPSI..apa lagi??mari kita rakamkan gambar2 mereka..kita buat satu hobi PRK kali ini sebagai tugasan kita..ayuh..jom kita lawan siapa yang dapat mendokumentasikan gambar paling DRAMATIS, ANGKUH, BERGAYA, CANDID,
HAPPENING, MENCURIGAKAN, LAWAK, MELATAH DAN SEBAGAINYA..hahaa!!its something im waiting for..watch out!!ahahha

tarikh mula : 15 feb 2011
objektif : melahirkan photographer dlm hal candid~~
sasaran : calon MPP dan rakyat jelata..yeeaarrgghh!!!
anjuran : KUNTUM SAJE NAK CAKAP
alasan : its just hobby
hadiah : secret (BERGANTUNG KEWANGAN..hehe)
pemenang : 5 orang sahaja
peraturan : gambar asli-asli jer(wajib 3 gambar) dan tak kesah mana-mana pihak serta tajuk gamba korang
syarat : terbuka kepada pelajar UPSI sahaja dan wajib jadi follower aku..ngee
tarikh tutup : 22 feb 2011 jam 12.00 a.m
keputusan : tiga(3) hari selepas keputusan PRK jam 12.00 a.m
cara-caranya : tajuk entry anda mestilah "CONTEST : JOM SNAP SITUASI PRK UPSI!! oleh kuntum"
dan setelah itu, sila "link"kan entry anda kepada komen contest KUNTUM ni..mudahkan..

SeLamAt BerJUang SahaBat Ku..yeeaarrgghh!!!

Wednesday, February 2, 2011

MENJELANG POLITIK KAMPUS UPSI 2011/2012


Salam pujangga, sebagai pemerhati bebas, tertarik saya untuk menulis artikel ini kerana melihat apa yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2011, tahun yang pastinya menjanjikan satu gelombang atau fenomena "dahsyat" yang pada saya ia sangat menarik untuk diperhatikan.

Pilihan Raya Kampus(PRK), apakah perjuangan mereka? apakah yang dikejarkan? betapa rendahnya nilai etika mahasiswa itu sendiri dengan terang-terangan mengutuk orang lain tanpa rasa malu? Jika benar, mengapa perlu mengutuk? Mencaci, dan sebagainya. Inilah yang sedang bermain difikiran generasi pendatang baru sekarang(junior) Benar, ini politik dan saya pasti ramai yang sudah tahu bahawa politik itu kotor. Tidak mengapa, hal ini saya lihat dari pelbagai sudut. Antara yang menarik disini ialah sejauh mana sesebuah parti itu mampu menggoncang universiti. Disinilah para bijak pandai kita dilahirkan. Diharapkan adik-adik kita tidak terlalu "culture shock" dengan fenomena ini.

Sebelum ini, PRK yang disertai oleh calon pemimpin akan berdepan secara 1 lawan 1 dimana mereka ini adalah dari kalangan ASPIRASI (Pimpinan Bitara) dan PRO-MAHASISWA (Mahasiswa Pendidik). Dari jumlah kemenangan lepas, Aspirasi sering memenangi 2/3 kerusi MPP. Namun kita perlu sedar, dan jangan mudah berasa selesa terlalu lama. Akibatnya, sedar tidak sedar wujud pula pihak baru yang dikenali sebagai Legasi Mahasiswa Progresif (LMP). Ternyata pada tinjauan saya mereka ini wujud dari kalangan orang yang tidak berpuas hati terhadap universiti dan lebih kepada "psyco" dan perang saraf. Saya mengakui strategi serta "kambing hitam" mereka (LMP) sangat rapi dan agak radikal berbanding yang sebelum ini (MP dan PB). Dalam hal ini, saya juga berfikiran secara "bebas" dengan beranggapan bahawa mereka(LMP) adalah parti komponen kepada Mahasiswa Pendidik. Hal ini juga kerana setiap perbuatan yang dilakukan oleh MP sering mendapat liputan positif didalam medium penyiaran LMP walaupun isu yang sama juga diperjuangkan oleh PB. Mungkin juga barangkali LMP ini sekadar "POLITICAL MONSTER" yang hanya bijak mencipta pelbagai isu, itu saya kurang pasti. Apa yang saya harapkan ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang pertumpahan darah dan maruah seperti yang saya lihat di universiti-universiti "HARDCORE" yang lain.

Sehingga kini saya masih menilai sejauh manakah kemampuan pihak-pihak ini untuk tampil sebagai seorang pemimpin. memetik ungkapan saudara Zulhusni Bin Zulkifli, pelajar semester 8 dan juga seorang pemikir bebas yang saya sangat kagumi. "Minggu hadapan, Produk-produk Pendidik berjenama UPSI akan mula menimba pengalaman, mencurah bakti & mewarnai suasana pendidikan di seluruh Negara. Demi agama, bangsa, nama baik universiti dan negara, ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita buktikan bahawa produk berjenama UPSI adalah yang terbaik selaras dengan motto UPSI, "Komited Dalam Membawa Kelainan Dalam Pendidikan Negara".." Ungkapan ini sangat besar maknanya, Bagi saya, untuk memilih calon itu usahlah kita lihat pada tiketnya, pada jelita mahupun tampannya, pada pengaruhnya, tapi pilihlah calon yang berjiwa kental, sanggup menjalankan tanggungjawab, mengharumkan nama UPSI, mencipta budaya baru yang harmonis dan yang paling penting adalah semangatnya semangat anak MELAYU!, . Jika ini yang kita lakukan, nescaya calon kita adalah calon terbaik dari kalangan yang terbaik. Pepatah inggeris, "don't judge a book by it's cover". ya! Persetankan atas tiket apakah calon itu, kerana kesilapan memilih sangat merugikan.

Melihat kembali wajah-wajah peserta kursus kepimpinan yang lepas, saya yakin dan percaya bahawa anda adalah pejuang anak bangsa. Sangat bangga melihat peserta kali ini hadir dengan gaya dan kualiti tersendiri.

Apa-apa pun, harapan saya, dan juga mungkin harapan TNC kita (Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Aminah binti Ayob) kepada bakal Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 agar bersedia menjalankan tanggungjawab yang diberikan, lakukan sesuatu yang boleh menyaingi Universiti Antarabangsa, jangan amalkan rasuah, jangan menindas orang yang lemah tapi sebaliknya menjadi mentor untuk warga mahasiswa biasa seperti saya untuk dijadikan sumber inspirasi. Sedarlah anda sedang mencipta satu lagi sejarah UPSI. Selamat Berjuang sahabat sebumbungku.

Monday, January 17, 2011

OLD CAR TRIP CAMPING DI TELUK BATIK


TADAA~~ni second movie from amatuer..malas nk describe..juz for my collection..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet
Share

Sebarkan.

Pelawat Sesat